uncertainty.


Assalamualaikum. ssup alls o/

kejadah budak ni update blog pepagi? ohoho aku bosan. and memandangkan masa aku baring dekat atas katil, golek-golek sambil online, tidur sepanjang hari semakin suntuk, dengan masa yang tinggal ni, aku cuba untuk menghargai dengan sebaiknya. gila keling ayat hahaha.

How's SISME?

first question. aha. mula-mula, kuakui memang aku homesick gila. telefon ibu, tak sah kalau tak sebak. okay, at least AKU TAK NANGIS. ahaha tapi adalah satu time tu call ibu dekat sekolah, boleh pulak air mata meleleh. dah ah time tu aku sorang je. bebudak lelaki dekat belakang duk gossip. entah deme sempat tak skodeng aku buat drama thambi dengan mak aku. harap tak ah. kalau tak, buat malu muka je. tapi normal ah doh, budak asrama. aku tengok sorang budak lelaki ni, merah mata time call mak dia, lek je? anak jantan tuh orz hahaha. but dah lama sikit, dah boleh adapt en, rasa macam okay sikit. so far, Alhamdulillah. okay :)

seperti yang diramalkan akan berlaku, aku rindu kawan-kawan aku. classmates, schoolmates, rpmates and semua mates. tapi aku agak kecewa lol. sebab dalam seminggu ni, aku free je. tapi tak ada sorang pun yang ajak aku outing ka, hang ka, datang rumah ka. lol. it's okay anyway. aku tahu mengkome busy doh. amboi kalah perdano montoghi lak heh. i feel you. jangan risau hahaha.

jap, nak cerita pasal SISME sikit. first tu, memang aku excited. tapi aku cover sikit excited aku. sebab aku tahu, sejauh mana pun aku akan menyesal ke sana. and yeah. betul sangkaan aku. tapi aku mengpositifkan minda. "ala homesick biasalah," dalam dua minggu lebih juga diriku ini homesick. tapi dah lama sikit, Alhamdulillah dah boleh bawak diri. just kadang-kadang tu terasa juga. rasa macam ada benda sentuh hati ni yang membuatkan aku rindu nak balik jeybi lol. lagilah time ceramah rohani jumaat malam sabtu yang lepas lepas lepas, boleh pula depa bukak cerita pasal ibu. aku tak nangis, serious tak nangis. hahaha sebak je lah. rindu doh even baru berapa hari kat situ ; ; sobs. yang depa ni dah merah mata. aku tak sempat pula stalk bebudak jambu kat sebelah. lawak je hahahaa.

Dorm 20. Telekom. 4 Benz.
semua ni benda baru dalam hidup aku. masuk SISME aku bukan budak sekolah harian biasa dah. aku dah ada tanggungjawab baru sebagai budak aspuri. aha gitu kau. dorm 20, even terpinggir, tetap aku ingat sampai bila-bila huehue. 
jejak kaki ke SISME, aku bukan budak rumah biru, Al-Bukhari. tapi aku dah ada tanggungjawab baru. naikkan merit rumah biru, Telekom. ehem. rumah biru setia doh. dari darjah 1, selama 4 kali bertukar sekolah, aku stay rumah biru. nampak tak kesetiaan aku kat situ? /slapped/
tegaknya jasad aku dekat SISME, aku bukan lagi budak sains tulen, 4 SC 1, atau dengan nama wechatnya, 4 KESAINAN 1 (ahah sengal), tapi aku dah ada tanggungjawab baru. sebagai budak sains teknikal, 4 Benz. the only one technical class. 
aku akur. ini takdir aku. Allah dah tetapkan.

ada banyak sebenarnya pesanan yang aku nak bagi dekat korang. entah korang akan baca or not. but truthfully, kalau korang ingat aku akan lupakan korang, korang salah. serious, aku tak akan lupakan korang. sayang-sayang aku sekalian. ahaha.


till now. kepada semua orang, jangan lupa rindu aku. haha. aku sayang semua. jangan risau. setahun lebih aku kat sana, tak lama mana pun actually. so yeah. insya'Allah aku akan keluar bukan dengan tangan yang kosong, tapi dengan diri aku yang lebih baik. i mean. tak dapat bawa kejayaan pun, aku akan cuba bawa balik kawan korang yang korang rindukan itu huahuahua ayat mintak penampo.

miss me. hihi. adios.

No comments: